KRITIKAN TERHADAP TUN
Kritikan? Agak jarang saya keluarkan perkataan tersebut kepada seorang pemimpin yang saya sanjungi dan kagumi walaupun tak semua yang beliau lakukan semasa menjadi PM saya setuju. Tun Dr M adalah seorang pemimpin yang hebat dan punyai padangan yang amat luas. Rasanya, tak ada pemimpin lain di Malaysia yang sehebat beliau. Dahulu, kini dan selamanya….
Dalam blog, Tun ada menyatakan:
“Rakyat sebenarnya mendapat Kerajaan yang padan bagi mereka, baik atau buruk. Jila mereka dapat Kerajaan yang buruk, ini adalah oleh kerana mereka tidak sanggup bertindak untuk perbetulkan keadaan, tidak sanggup ambil risiko untuk mengalih kepimpinan Kerajaan kepada yang baik.”
Sambung Tun lagi…
“Dato’ Seri Abdullah sudah hancurkan UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan BN. Gerakan bercakap tentang meninggalkan BN. MCA agak senyap tetapi pimpinannya yang sebelum ini menyokong Abdullah walau apa pun terjadi, kini sudah undur daripada menjadi pemimpin.”
Ya, Tun, saya bersetuju Pak Lah telah hancurkan UMNO dan BN. Namun untuk buat sesuatu bukanlah perkara yang mudah. Pemimpin-pemimpin yang menguasai UMNO sekarang rata-ratanya sekutu Pak Lah juga. Memandangkan pemilihan Presiden UMNO dibuat oleh perwakilan peringkat bahagian, maka agak tipis untuk menjatuhkan Pak Lah sebab undi yang akan dikira hanyalah undi sekutu-sekutu Pak Lah sahaja. Suara-suara dari grassroot tidak akan kedengaran. Kalau ada pun cuma sedikit sahaja.
Itu sebabnya saya tak bersetuju bila Tun keluar dari UMNO dahulu dan minta ahli-ahli UMNO lakukan perkara yang sama. Pak Lah memang korup dan tebal mukanya. Oleh sebab itu, beliau tidak akan peduli bila mengenangkan bahawa beliau akan dicatat dalam sejarah sebagai pemusnah UMNO bersama anak-anak dan menantunya. Apabila UMNO kalah banyak kerusi di pilihanraya yang lalu, Pak Lah seharusnya boleh melihat menerusi post-mortem bahawa terdapat banyak undi protes di buat oleh ahli-ahli UMNO dan BN terhadap kepimpinannya, tetapi beliau tetap tidak ambil peduli. Sehingga sekarang pun, beliau masih lagi tidak peduli…mungkin beliau mengharapkan kesetiaan orang melayu yang memang amat terkenal itu menyelamatkannya.
Seharusnya Tun, Datuk Mokhzani dan lain-lain kembali ke pangkuan UMNO dan bersama-sama mengembeleng tenaga bersatu menentang Pak Lah dan sekutunya. Tun pun harus sama-sama bertindak untuk menghapuskan kerajaan buruk ini. Saya rasa UMNO perlu ada hero yang sejati. Yang dihormati semua untuk menentang team kerajaan buruk yang korup dan tebal muka ini. Dengan UMNO ketandusaan pemimpin yang berkeliber, kepimpinan Tun masih diperlukan. Malah sangat-sangat diperlukan lagi.
Akhir kata dan kritikan terakhir saya, berpendapat Tun mungkin lupa semasa 21 tahun menjadi PM untuk melatih muka-muka baru agar menjadi pemimpin yang baik dan bertanggung jawab kepada bangsa, raja dan negara. Akhirnya, kita ditinggalkan bersama pemimpin-pemimpin seperti Pak Lah, Najib dan Khairy Jamaluddin. Mungkin bukan salah Tun semua ini terjadi..mungkin juga ada rahmatnya, kita pun tak tahu. Harapan saya, semoga Allah bersama-sama orang-orang
Label: Pak Lah, Tun Dr Mahathir, UMNO